Wednesday, 6 July 2016

Foto Kawalan Keselamatan Ketat Di Rumah Najib




PUTRAJAYA: Beribu-ribu orang berkumpul untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Orang ramai mula hadir seawal jam 9 pagi dan berbaris untuk memasuki Seri Perdana dengan sabar walaupun acara terbuka itu dijadualkan bermula pada pukul 10 pagi.

Tahap keselamatan adalah ketat, dengan setiap tetamu perlu menjalani proses imbasan, manakala beg mereka juga diperiksa sebelum memasuki kediaman perdana menteri.

Pemeriksaan keselamatan kedua di pintu masuk utama ke kediaman rasmi perdana menteri turut dilakukan.


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri akan bermula seperti yang dijadualkan dan berakhir pada jam 4 petang.

Orang ramai akan dapat bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri kabinet lain.

Banyak makanan untuk pengunjung telah disediakan di dalam kawasan Seri Perdana.

Para tetamu juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan kebudayaan daripada Istana Budaya. - mstar




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP