Monday, 18 July 2016

Gencatan Senjata Hanya Pendapat Peribadi Tuan Ibrahim Sahaja



Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seruan“gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN merupakan pendapat peribadinya sendiri.

Katanya, pendapat itu dikeluarkan memandangkan parti lain dalam pembangkang menyerang PAS dengan menyatakan parti itu bersekongkol dengan BN sebelum ini, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Itu pendapat peribadi… kenyataan itu saya keluarkan, ia (atas) nama saya sendiri.

“(Pendapat saya) tidak bercanggah dengan prinsip dan konsep serta dasar parti kerana Tok Guru sebut mereka (pembangkang) selalu serang PAS, ia perlu dihentikan,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri di Pusat Islam malam tadi.

Sebelum ini Tuan Ibrahim menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' di kemudian hari.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, AMANAH tidak seharusnya salah sangka bahawa PAS akan kembali dalam Pakatan Harapan, sebaliknya kenyataan itu bagi menyatakan PAS tidak bersama BN dan pembangkang harus bersatu menjatuhkan BN.

“Kita bukan masuk Pakatan Harapan, kita dalam blok pembangkang, jangan katakan kita bersama BN.

“Walaupun kita tak dalam Pakatan Harapan, PAS blok ketiga yang kita akan perkasakan sebagai blok politik pembangkang,” katanya.

Beliau, ketika ditanya terdapat siri perbincangan bersama PKR dalam merangka rancangan menjatuhkan BN, berkata: 

“Kita dengan PKR ada hubungan tapi belum berjumpa. Sehingga kini belum ada pertemuan.”




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP