Thursday 21 July 2016

Isu 1MDB: Jabatan Kehakiman AS mahu rampas 17 aset



SHAH ALAM – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang difailkan di Los Angeles semalam.

Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB.

Dana itu digunakan untuk membeli estet mewah di Amerika Syarikat, membayar perbelanjaan perjudian di kasino Las Vegas, memperoleh lebih AS$200 juta dalam hasil seni, melabur dalam projek utama pembangunan hartanah di New York, dan membiayai produksi filem-filem Hollywood.

Saman tersebut turut menamakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, ahli perniagaan Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi sebagai antara pemain utama dalam dakwaan "penyelewengan" dana tersebut.

Dokumen itu juga menamakan "Malaysian Official 1" sebagai seorang pegawai peringkat tinggi dalam kerajaan Malaysia yang juga memegang jawatan yang berkuasa dengan 1MDB.

Berikut merupakan 17 harta yang mahu dirampas:

-Hartanah L'emritage termasuk Hotel L'Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, California 90210.

-Aset perniagaan L'ermitage yang merangkumi semua harta dan aset tidak ketara, inventori dan peralatan yang diselenggara oleh LBH Real Estate;

-Hillcrest Property 1: harta tanah yang terletak di Beverly Hills, California;

-Kondominium Park Laurel yang terletak di New York yang dimiliki oleh Park Laurel Acquisition LLC.

-Sebuah jet Bombardier Global 5000 jet dengan nombor siri pembuatan 9625 dan nombor pendaftaran N689WM, dengan dua enjin Rolls Royce;

-Time Warner Penthouse terletak di New York yang dimiliki oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC; mansion Oriole yang terletak di Los Angeles, California;

-Kondominium The Greene yang terletak di New York yang dimiliki oleh 118 Greene Street (NYC) LLC;

-Aset EMI termasuk hak cipta dan hak harta intelek, dan juga hak untuk mengutip dan menerima apa-apa keuntungan yang dimiliki oleh JW Nil (BVI) Ltd;

-Aset Symphony CP (Park Lane) LLC yang merupakan sebuah syarikat liabiliti terhad Delaware dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh Symphony CP Investments LLC and Symphony CP Investments Holdings LLC, yang berpangkalan di New York, yang memiliki apa yang dikenali sebagai Hotel Park Lane;

-Walker Tower Penthouse yang terletak di New York, dan dimiliki oleh 212 West 18th Street LLC;

-Mansion Laurel Beverly Hills, yang terletak di Beverly Hills, California, dan dimiliki oleh Laurel Beverly Hills Holdings;

-Hillcrest Property 2: yang seperti Hillcrest Prroperty 1 terletak di Beverly Hills, California;

-Lukisan Vincent Van Gogh Artwork bertajuk 'La maison de Vincent yang Arlest';

-Sebuah lukisan Claude Monet bertajuk 'Saint-Georges Majeur';

-Satu lagi lukisan Claude Monet bertajuk 'Nympheas avec Reflets de Hautes Herbes'; dan

-Qentas townhouse yang terletak di London, UK.

- sharian



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP