Tuesday, 5 July 2016

Letupan Bom Di Luar Masjid Nabawi



Madinah: Dua anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dilaporkan terbunuh angkara pengebom bunuh diri meletupkan bom di kawasan parkir berhampiran ibu pejabat pasukan keselamatan itu di luar Masjid Nabawi, di sini, pada Maghrib (waktu tempatan), Isnin.

Al-Arabiya melaporkan, beberapa kenderaan terbakar di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, kawasan berkenaan dikawal ketat pasukan keselamatan Arab Saudi.

Terdahulu, dua insiden letupan membabitkan pengebom bunuh diri berlaku di timur Qatif dan Jeddah pada sebelah petang. - hmetro


Astro Awani melaporkan : Satu letupan dipercayai angkara pengebom bunuh diri dilaporkan berlaku di luar perkarangan Masid Nabawi di Madinah Arab Saudi pada Isnin (waktu tempatan), lapor media tempatan negara itu.

Sebelum itu pada awal Isnin, dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di sebuah masjid di Qatif, kawasan persisiran pantai yang dikuasai pengikut Syiah.

Satu lagi kejadian letupan bom bunuh diri turut berlaku Isnin berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, mencedera dua anggota keselamatan.

Menurut laporan media tempatan, pengebom tersebut dipercayai sedang menuju ke arah sebuah masjid dengan kereta.

Pengebom itu mati di tempat kejadian dan setakat ini, tiada kematian mahupun kecederaan lain dilaporkan. - astroawani



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Anoynimous 5 July 2016 at 06:57  

Banyak perkara yg tidak terbayang akal berlaku sejak beberapa tahun terakhir ini
Kejadian pengeboman berani mati sering berlaku
Selain dari tuduhaan mengebon diri sebagai jalan oenyelesaian yg diwarwarkan tidakkah terlintas diakal manusia yg waras mereka mereka yg terlibat itu kemungkinan besar adalah mangsa kejahatan kuffar?
Tidak mungkin kah bahawa mereka yg dikatakan sebagai pelaku itu adalah pekerja atau individu yg diupah sebagai penghantar barang atau dispacth boy???
Mereka digaji menghantar barang yg tidak diketahui isi kandungan kesesuatu tempat dan bahan yg dihantar itu mengandungi bom bom beralat kawalan yg dikawal dari jauh
Tak mungkinkah kemungkinan ini???
Sangat tidak munasabah penganut islam melakukannya
SUNGGUH SUNGGUH SAYA KATAKAN, TIDAK MUNGKIN PENGANUT ISLAM SECARA SENANG HATI DAN MENYEDARI MELAKUKAN ADEGAN BUNUH DIRI DENGAN CARA ITU
PASTI TIDAK SAMA SEKALI
SEBAGAI PENGANUT ISLAM WALAU SERENDAH MANA IMANNYA MEREKA TAHU PERBUATAN ITU SALAH DAN DIKUTUK MALAH AKAN MENERIMA HUKUMAN BERAT DIAKHIRAT NANTI
YG PASTI MEREKA ADALAH MANSA KEADAAN, MANGSA TUGAS ATAU KEMISKINAN YG MENGAMBIL UPAH SEBAGAI PENGHANTAR BARANG TANPA MENYEDARI DIRI MEREKA DIJADIKAN MANGSA OLEH PIHAK PIHAK BERKEPENTINGAN

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP