Friday 22 July 2016

Nazir: Edge Digantung Kerana Siarkan Apa AS Kata Sekarang



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan bagaimana The Edge pernah digantung kerana menyiarkan mengenai dakwaan aliran dana 1MDB, yang diulang semalam dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk menyita harta dan aset individu yang dikaitkan dengan dakwaan skandal dana tersebut.

"Tepat 12 bulan yang lalu, tajuk ini menyebabkan mereka digantung.

"Hari ini, peguam negara AS mengatakan perkara yang hampir sama," tulis adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, dalam satu catatan Instagram malam tadi.

Komen ini dibuat bersama dengan gambar artikel muka depan yang menyebabkan akhbar perniagaan itu menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.

Nazir berkata artikel 'How Jho Low and PetroSaudi cheated Malaysia out of RM1.83b cash (and RM400m million paper profit) with help from 1MDB executives',memperincikan dakwaan yang sama mengenai penggunaan aliran rangkaian bank dan akaun untuk menggelapkan pemindahan wang rakyat dari 1MDB ke tangan swasta.

Walaupun beliau tidak menyebut tentang abangnya dalam catatan tersebut, Nazir menyentuh secara tidak langsung apa yang pengkritik dakwa sebagai kegagalan pentadbiran Najib.

"Demokrasi bukan hanya tentang pilihan raya, ia juga mengenai integriti institusi, kedaulatan undang-undang dan kebebasan media," kata Nazir dalam catatan itu.

Najib telah menegaskan bahawa semua tindakan terhadap 1MDB dilakukan oleh mereka yang berusaha untuk menyingkirkan beliau daripada jawatannya yang dipilih secara demokrasi, walaupun pentadbiran beliau menyaksikan Malaysia di tahap paling rendah dari segi integriti institusi kerajaan dan kebebasan media

Malah, ini bukan kali pertama Nazir mengkritik pentadbiran abangnya itu di media sosial.

Sebelum ini, beliau telah mencatatkan mesej-mesej lain yang dilihat dengan maksud yang tersembunyi di Instagram, dan mendapat pujian beberapa pihak tetapi mengecewakan mereka yang mahu beliau mengatakan apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh beliau, bagi membantu membetulkan perkara itu.

- mkini



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP