Saturday 23 July 2016

Pelakon ditahan terlibat dalam sindiket tipu pelaburan



SHAH ALAM - Seorang pelakon merupakan antara 14 yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes sindiket pelaburan yang dipercayai ‘memperoleh’ RM35 juta dari ahlinya untuk dilaburkan dalam bidang hartanah dan mata wang asing.

Difahamkan, selebriti berusia 44 tahun yang dipercayai anak kepada pelawak terkenal semasa era Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu ditahan di Cyberjaya pada Rabu lalu berikutan didakwa terlibat untuk melindungi dua dalam sindiket berkenaan.

Selain itu, pelakon berkenaan turut dipercayai menyediakan rumah bagi kumpulan terbabit menjalankan operasi mereka.

Menurut sumber, tujuh individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' ditahan di Kelantan, manakala tiga termasuk seorang 'Datuk' dan pelakon terbabit ditahan di Selangor.

Dua lagi individu terlibat turut ditahan di Pahang serta Melaka dan dua lagi di Pulau Pinang.

“"Kesemua mereka ditahan pada hari sama (Rabu) dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Nuri.

"Siasatan awal mendapati 'Datuk Seri' dan 'Datuk' itu adalah dalang sindiket tersebut," kata sumber seperti dipetik oleh mstar online.

Menurut laporan, sindiket itu berjaya merekrut seramai 500,000 ahli yang kebanyakannya terdiri daripada guru dan rakan artis.

Selain itu, syarikat terbabit juga dipercayai ditubuhkan oleh seorang lelaki berusia 48 tahun bergelar 'Datuk Seri' pada Februari tahun lalu dengan pejabat pengurusannya di Tanah Merah, Kelantan.

Sumber berkata, dana itu kemudiannya dilaburkan dalam sektor hartanah dan mata wang asing dengan keuntungan diagihkan kepada ahli-ahlinya mengikut jumlah yang dilaburkan.

"Ahli-ahli dimaklumkan bahawa mereka boleh memperoleh keuntungan sehingga 200 peratus selepas hanya melabur dalam tempoh empat bulan," katanya.

Difahamkan syarikat berkenaan menggunakan singkatan HG dan ia ditubuhkan bagi membantu mereka yang gagal dalam perniagaan untuk menjana pendapatan pasif dengan melabur wang mereka dalam bentuk dana.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP