Wednesday, 20 July 2016

Promosi Kopi Macam Nak Berperang, Polis Tahan Kenderaan Milik Syarikat Kopi Terkenal



Gara-gara mengubahsuai kenderaan kepada replika trak pelancar roket tentera, sebuah kenderaan milik sebuah syarikat menjual minuman kopi terkenal telah ditahan di Jalan Semarak Api, Cyberjaya semalam, lapor Harian Metro.

Tindakan diambil kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas orang awam telah membuat aduan di balai Cyberjaya mengatakan terdapat sebuah trak pelancar roket tentera berkeliaran di kawasan berkenaan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pengadu bersama anggota polis kemudiannya telah ke lokasi kenderaan itu dilihat dan hasil rondaan serta pemerhatian menemui kenderaan itu dengan dua replika pelancar roket di atasnya.

"Pengadu dan anggota menghampiri kenderaan berkenaan serta mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan dan susulan itu, dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 24 tahun ditahan serta dibawa ke Balai Cyberjaya untuk tindakan lanjut.

"Berikutan itu, polis merampas kenderaan berkenaan dan kedua-dua lelaki terbabit diikat jamin semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Aziz berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan. -Siakapkeli.my





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP