Saturday 9 July 2016

Sarawak Report Dedah 'Kritikan Pedas’ Ringkasan Audit 1MDB



Selaras dengan janji mereka untuk mendedahkan maklumat lanjut mengenai apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, Sarawak Report menerbitkan petikan ringkasan eksekutif laporan itu hari ini.

"Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB ditulis dalam bahasa profesional dan tanpa belas kasihan.

"Bagaimanapun, tidak ada sesiapun yang akan terlepas dengan apa yang ditelanjangkan melalui kritikan dan pandangan tidak bersetuju yang terkandung dalam perenggan-perenggan analisis fakta itu.

"Penelitian ketat ke atas lebih 330 muka surat berhubung bukti yang dibekalkan, Ketua Audit Negara seperti lazimnya, menyediakan 'ringkasan eksekutif’ dengan tumpuan kepada maklumat utama dan perkara untuk diberi perhatian,” petik artikel itu.

Ini adalah artikel ketiga berturut-turut yang disiarkan oleh Sarawak Report sejak Khamis lalu yang mendedahkan maklumat kononnya dari laporan Ketua Audit Negara berserta dokumen penting berkaitan siasatan 1MDB.

Dalam analisisnya terhadap ringkasan eksekutif berkenaanu, laman web yang berpangkalan di London itu berkata, Ketua Audit Negara membentangkan kebimbangannya berhubung beberapa pelaburan yang boleh dipersoalkan dan keputusan pihak pengurusan 1MDB.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report itu adalah sahih dan tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang

Khamis lalu, laman web itu mendedahkan bahawa ia telah mendapat "akses meluas" mengenai laporan Ketua Audit Negara yang menyiasat 1MDB serta menerbitkan beberapa maklumat yang kononnya daripada laporan itu.

Ia berjanji akan menyiarkan maklumat lanjut daripada laporan itu pada hari-hari akan datang, dan keesokannya, ia menerbitkan surat kedua yang didakwa adalah daripada Bank Negara Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad dilaporkan mengesahkan bahawa pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan kerana laporan audit negara itu telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

- mkini



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP