Wednesday 13 July 2016

Video Tarian 'Gelek Maut' Anak Gadis Kazar Jadi Viral

Tarian gelek maut Ira Kazar dapat perhatian netizen.


PETALING JAYA: Pelakon Kazar Saisi berkata, dia sudah penat menasihati anaknya Ira Kazar, 21, agar menjaga tingkah laku sehinggalah video wanita itu menari gelek dengan aksi keterlaluan menjadi viral.

Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 57, berkata, kecaman yang diterima  Ira sedikit-sebanyak menjadi pengajaran agar dia lebih berhati-hati pada masa hadapan.

"Dah penat nasihat tapi biasalah jika tidak kena, dia tidak mahu dengar (nasihat). Sekarang dia sendiri sudah belajar dan menerima kesan atas tindakannya itu.

"Tapi saya anggap itu perkara biasa bagi seseorang yang sedang memalui zaman remajanya, saya tidak marah dia kerana kalau saya marah dia akan lebih tertekan dan lari rumah pula nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Kazar dihubungi untuk menjelaskan berkenaan video anaknya Ira Kazar atau nama sebenarnya Fadira Fatini Kazar menjadi hangat di Internet pada Ahad lalu apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudulOne Dance nyanyian Drake.

Video tersebut turut menjadikan nama Ira Kazar trending di Twitter dengan kritikan dan hinaan.

Tambah Kazar apa yang dilakukan oleh anaknya itu bukanlah sesuatu perkara yang boleh memalukan keluarga sebaliknya tindakan nakal seseorang remaja yang sedang membesar.

"Apa yang dilakukan itu bukanlah terlalu teruk sehingga memalukan keluarga, perangai nakal remaja saya dahulu lebih teruk dari itu cuma zaman kami tiada media sosial sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Kazar meminta agar masyarakat tidak terus menghukum anaknya atas perbuatan dia yang tidak berfikir panjang sebaliknya meminta agar diberi peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan.

"Saya harap orang ramai juga tidak terus menghentamnya di laman sosial, dia seperti manusia lain yang tidak lari daripada kesilapan," ujarnya.

Sementara itu, Kazar yang menggunakan akaun peribadi @kazar35 berkata dia juga tidak berhasrat untuk menutup akaun Instagram peribadinya disebabkan kejadian itu.

Namun dia akan lebih memilih untuk membenarkan pengikut-pengikut yang ikhlas mengenalinya sahaja berbanding bertujuan mengecam dia dan keluarganya.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP