Friday, 1 July 2016

Zaid: Jika didakwa, ikat jamin Najib mungkin RM1 bilion



Walaupun perdana menteri kemungkinan besar tidak akan didakwa di mahkamah, Datuk Zaid Ibrahim membuat spekulasi berkaitan jumlah ikat jamin jika perkara itu benar-benar berlaku.

Beliau cuba membandingkan jumlah ikan jamin RM1 juta yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dianggap amat tinggi.

Menjelaskan keadaan itu, Zaid berkata trend itu bermula dengan kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa terlibat kesalahan melibatkan nilai beberapa juta ringgit.

“Walaupun mungkin tidak akan didakwa, Najib akan menarik ikat jamin, berdasar prinsip diguna pakai oleh mahkamah,” katanya sambil menyifatkan perkara itu “betul-betul gila”.

“Jumlah ikat jamin tidak patut bergantung kepada jumlah wang diambil oleh tertuduh,” katanya di Twitter.

Datuk Seri Najib Razak sudah berulang kali menafikan dakwaan salah guna dana awam untuk tujuan peribadi.

Anggota parlimen Pekan sebaliknya mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Bagaimanapun ia tidak mampu memadamkan serangan berterusan dalam kes kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, dalam kes Lim, Zahid berkata jumlah 100,000 sudah cukup untuk ikat jamin Lim.

“Ia hanya untuk pastikan dia hadir mahkamah. Lim sebagai penyandang ketua menteri sudah tentu akan hadir perbicaraan.

“Beliau tidak akan lari ke mana-mana,” katanya.

Lim semalam didakwa bawah dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi George Town bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu dibuat susulan kelulusannya terhadap permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar sebidang tanah daripada status pertanian kepada perumahan.

Beliau juga berdepan kes pembelian banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon, bawah harga pasaran RM4.27 juta.

DAP semalam mencairkan dana mereka untuk membayar ikat jamin Lim.

Mereka juga berjaya mengumpul lebih RM1 juta tidak sampai 24 jam kempen kutipan dana bagi menampung kos ikat jamin yang dimulakan petang semalam.

- mkini



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP