Friday 19 August 2016

Baddrol Bakhiar Tangkap Sendiri Pencuri Yang Pecah Masuk Rumahnya



Tiga remaja lelaki berusia lingkungan 15-18 tahun ditahan polis selepas memecah masuk ke kediaman pemain bola sepak negeri Kedah, Baddrol Bakhiar di Ambangan Height, Sungai Petani.

Kejadian disedari Baddrol pagi tadi selepas dimaklumkan oleh jirannya.

Pemeriksaan mendapati suspek mengumpil pintu tepi rumah, sebelum keluar menggunakan pintu belakang yang berkunci dari dalam.

Antara barangan yang hilang seutas jam tangan berjenama, beg barangan sukan, set CCTV, kasut dan wang syiling dianggarkan sekitar RM300.

Penahanan suspek pertama dilakukan Baddrol sendiri, yang kemudiannya membawa kepada penahanan dua lagi suspek di sebuah rumah di kawasan perumahan yang sama.

Beberapa barangan yang dicuri turut ditemui dilokasi sama.

Kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sumber-Berita TV9

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP