Wednesday, 10 August 2016

Berperangai Hodoh: PAS Perak Disaran Kembali Ke Pangkuan UMNO



Keputusan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perak yang memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini jelas memaparkan sikap sebenar dan pendirian politik parti itu yang cenderung berpihak kepada UMNO.

Mengakui kecewa dengan keputusan berkenaan, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, sikap berdegil PAS itu akan terus membantu UMNO untuk kekal sebagai kerajaan.

Katanya dengan sikap PAS itu, tidak mustahil pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang dalam Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.


“PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menyambut salam yang dihulurkan oleh UMNO sejak bulan Disember tahun lalu.

“Kita tidak lagi nampak PAS memainkan peranannya sebagai suatu parti pembangkang dalam isu-isu yang melanda negara sekarang, terutamanya skandal 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kah Woh yang juga Adun Canning menyifatkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang “yang hanya tinggal pada nama” sahaja, dan wajar ditolak.

“Pengundi-pengundi perlu jelas bahawa setiap undi kepada PAS akan menguatkan UMNO dan selanjutnya memenangkan calon UMNO,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya Pakatan Harapan atau mana-mana parti komponen di setiap peringkat tidak lagi melakukan rundingan secara rasmi mahupun tidak rasmi melibatkan apa-apa isu dengan PAS.

“Sudah sampai masa supaya PAS balik ke pangkuan UMNO secara rasminya,” katanya.

Dewan Undangan Negeri Perak terbahagi kepada 28 Adun Pakatan Harapan, empat PAS dan 31 BN.

Bekas Ketua Wanita MIC Perak, S. Thangeswary hari ini dipilih sebagai Yang Dipertua DUN Perak yang baharu menggantikan Datuk Seri S.K Devamany yang meletak jawatan.

Beliau memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang yang juga Anggota Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang hanya mendapat 24 undi, setelah empat lagi Adun PAS memilih untuk berkecuali.

Sumber SINI


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP