Tuesday, 2 August 2016

"Betapa dahsyatnya negara saya sekarang," kata Rafidah



SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menafikan penglibatannya dalam mana-mana komplot menjatuhkan sesiapa dan usaha mengambil alih kerajaan.

Menurutnya, beliau kini sedang merenung nasib negara mutakhir ini yang sungguh dahsyat.

“Saya tidak ikut serta dalam komplot merancang untuk menjatuhkan sesiapa atau mencuba untuk mengambil alih kerajaan.

"Saya sendirian duduk di rumah memikirkan betapa dahsyatnya negara saya sekarang,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Malah katanya, masyarakat hari ini melihat betapa segala yang dibina dengan susah payah sebelum ini dirosakkan.

“Orang melihat hakisan dan kerosakan sistem serta institusi. Kita melihat mereka yang diamanahkan jawatan kelihatannya mencabuli kepercayaan itu. Kita juga melihat golongan muda kecewa.

“Apa yang dibina dengan susah payah sebelum ini telah dihakis dan dirosakkan malah negara kita telah mula masuk senarai paling buruk dan negatif di dunia,” katanya.

Beliau juga menyentuh soal pelbagai bentukan undang-undang yang digubal untuk ‘membentuk’ rakyat negara ini.

“Kita semua manusia. Kesempurnaan itu bukan manusia hanya yang Maha Berkuasa. Tapi kita boleh menjadi manusia yang lebih baik dan terbaik bukannya paling teruk.

“Ia menunjukkan betapa buruknya keadaan sekarang apabila kita tak mampu mengurus diri sendiri tapi perlukan segala bentuk ‘undang-undang’ untuk digubal,” katanya.

- sharian




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP