Sunday 28 August 2016

'Cuci Najis Orang Asing': Pemuda Umno Desak Ambil Rakyat Tempatan



Seorang pemimpin Umno telah menuntut supaya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Bhd diberikan kepada anak tempatan dan bukannya warga asing.

Ketua Umno Klang sehubungan itu menggesa Putrajaya supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera, kononnya bimbang nasib yang sama berlaku seperti syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd.

“Kita tidak tahu sama ada Menteri Komunikasi dan Multimedia celik atau buat-buat tidak tahu. Saya harap beliau buka mata dan telinga,” kata Datuk Nasaruddin M. Zin dilapor Utusan Malaysia ketika merasmikan persidangan Umno Klang.

“Kita tidak mahu Celcom senasib dengan Malaysia Airlines yang dipimpin oleh rakyat asing tetapi kemudiannya cabut lari dan kita pula yang terpaksa mencuci ‘najisnya’,” merujuk kepada bekas CEO MAB Christoph Mueller yang berhenti mengejut April lepas.

Katanya, jawatan CEO syarikat milik kerajaan (GLC) itu akan diambil alih oleh Michael Kuehner menggantikan Datuk Seri Shazalli Ramly berkuatkuasa 1 September.

“Saya kecewa, selama ini kita yang merancang dan membina pembangunan negara serta melahirkan ramai teknokrat yang berjaya memimpin GLC.

“Namun hari ini masih ada yang tidak beri ruang dan pandang rendah kepada kita apabila GLC Celcom pada 1 September ini akan dipimpin oleh CEO asing.

“Apa kurangnya rakyat Malaysia? Tidak adakah orang Malaysia yang mampu memimpin syarikat telekomunikasi itu sehingga perlu melantik rakyat asing?

Menurut laporan media bulan lepas, Kuehner merupakan bekas CEO Robi Axiata Ltd di Bangladesh, pakar dalam bidang telekomunikasi dan multimedia selama 30 tahun.

Persidangan di sini semalam dirasmikan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Majlis Tertinggi Datuk Idris Haron.

- malaymail

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP