Wednesday 24 August 2016

Data Rahsia Kekuatan Tempur Kapal Selam Scorpene Bocor

Foto fail kapal selam KD Tunku Abdul Rahman kelas Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia. — Foto wikipedia


SYDNEY, 24 Ogos — Keselamatan kapal selam yang digunakan India, Malaysia dan Chile dikhuatiri terjejas apabila data rahsia DCNS, kontraktor pertahanan Perancis, dibocorkan kepada awam.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan sudah melihat 22,400 muka surat butiran keupayaan tempur Scorpene yang direka untuk India, namun ubahsuainya turut diguna di Malaysia dan Chile.

Dokumen “Restricted Scorpene India” mengandungi ribuan halaman mengenai sensor kapal selam dan sistem komunikasi serta pelayaran dan lebih kurang 500 muka surat sahaja tentang sistem torpedo.

DCNS maklum mengenai laporan akhbar itu dan “pihak keselamatan Perancis” sudah melancarkan siasatan terhadap kebocoran berkenaan.

“Siasatan ini akan mengenal pasti kandungan dokumen yang dibocorkan, kerugian kepada pelanggan kami dan juga pihak bertanggungjawab,” kata DCNS seperti dilaporkan AFP.

- malaymail


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP