Friday, 19 August 2016

Diikat Dan Dicampak Dari Tebing Setinggi 20 Meter

Tangan dan kaki Noor Amila Edrus diikat sebelum dicampak dari tebing. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Kanak-kanak malang yang mayatnya ditemui di Kampung Kemensah, Hulu Kelang pada Khamis, Noor Amila Edrus Norsham dipercayai dicampak dari ketinggian 20 meter dari tebing.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa memberitahu, setakat ini motif pembunuhan kanak-kanak berusia 5 tahun itu masih dalam siasatan pihaknya.

“Setakat ini tidak jumpa motif. Yang kita siasat (setakat ini) memang berlaku pembunuhan, (tapi) kita tak (belum) boleh kata dia (suspek) membunuh. Tapi memang berlaku pembunuhan,motif kita tak tahu lagi,” kata Azman.

Tambahnya, tangan dan kaki mangsa diikat ketika mayatnya ditemui. Namun doktor tidak dapat memeriksa kesan lebam kerana mayatnya sudah mula mereput.

“Dia dibuang dari atas tebing i tu, (di ketinggian) lebih kurang 20 meter,” katanya.

Azman mengulas mengenai penemuan mayat Noor Amila yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu.

Mayatnya ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang selepas ditunjukkan suspek yang dibawa ke lokasi kejadian.

Suspek yang merupakan suami kepada kakak tiri mangsa kini ditahan reman enam hari bermula Jumaat

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP