Monday 15 August 2016

Ditahan Polis Kerana Naik Motorsikal Pakai Kostum Spiderman



Georgetown: "Saya bukan Spiderman, saya kerja biasa sahaja," kata penunggang motosikal yang ditahan polis kerana menunggang dengan berpakaian kostum adiwira Spiderman di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini semalam.

Gambarnya bersama dua anggota polis itu viral di media sosial sejak semalam sebelum mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Penunggang yang hanya mahu dikenali sebagai Ambro, 28, berkata, dia hanya ingin berseronok dan tidak mahu menjadi popular ekoran tindakannya itu.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, dia ditahan tiga anggota polis dari Unit Rondaan bermotorsikal (URB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang terserempak dengannya.

Menurutnya, pada mulanya dia sudah terserempak dengan tiga anggota polis itu dan sempat mengangkat tangan sebelum pergi bersiar-siar di kawasan Persiaran Karpal Singh.

Katanya, dia kemudian keluar ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu untuk pulang ke rumah.

Ambro berkata, sejurus selepas itu dia ditahan oleh dua anggota polis iaitu Lans Koperal Yunus Mohd Ghani dan Konstabel Suhairi Jaafar.

"Saya pada mulanya terkejut kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan dan apa yang menarik selepas diperiksa dua anggota polis meminta untuk bergambar dengannya sebelum dilepaskan.

"Saya biasa-biasa sahaja dan tiada apa-apa keistimewaan selain kostum yang dibeli dengan harga RM300 ini sebenarnya digunakan ketika menghadiri majlis makan malam tahunan tempat kerja," katanya yang terkejut selepas gambar berkenaan viral sebelum dihubungi rakan-rakannya.

Sikap berani Ambro mendapat pujian ramai netizen selain ada yang memberi komen yang positif dan tidak kurang pula yang memberi komen lucu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemeriksaan itu adalah tindakan biasa yang dijalankan oleh setiap anggota polis bagi mencegah daripada berlakunya jenayah di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah.

Beliau berkata, sewaktu membuat pemeriksaan anggotanya telah menahan Ambro yang memakai kostum Spiderman dan hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati dia tiada kesalahan jenayah dan dibebaskan.

- hmetro

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP