Saturday 20 August 2016

Dituduh Pembuli Jalanraya: Exco Pemuda Umno Ancam Saman Mangsa Ahad Ini



SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin memberi tempoh sehingga Ahad ini, kepada seorang pemilik akaun Facebook untuk menarik balik status yang dimuat naik di laman sosialnya hari ini, berkenaan dakwaan mengaitkan Nazir membuli ketika sedang memandu.

Nazir berkata, sekiranya pemilik itu masih enggan melakukannya, beliau tidak teragak-agak untuk menyaman pemilik akaun itu.

"Dia membuat tuduhan tidak berasas, adakah dia pasti bahawa yang memandu itu adalah saya?, cubaan dia memuat naik status itu bagi saya adalah berniat jahat dan cuba meroskan imej saya.

"Malam tadi saya sudah hantar mesej kepadanya, agar menarik balik status itu dan memohon maaf secara terbuka, saya kata jangan buat tuduhan secara melulu nanti dia akan tanggung akibatnya.

"Hari ini dia masih tidak memadam status itu, jadi sudah sampai masanya saya memberi amaran secara terbuka, untuk dia mohon maaf atau saya saman dia," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status yang mengaitkan kereta yang kononya pemiliknya adalah Nazir memandu secara berbahaya dan hampir membuatnya terlibat dalam kemalangan.

"Kamu adalah pembuli jalan...video ini baru sahaja aku rakam tadi dekat bulatan, yang hampir membuatkan aku kemalangan...dalam kereta aku ada anak bini aku dan mak akulah," petik kenyataan status pemilik Facebook berkenaan.

Dalam pada itu,  Nazir berkata beliau sudah berhubung dengan peguamnya untuk tindakan lanjut berhubung perkara ini.

"Saya sudah bercakap dengan peguam saya, segalanya sudah dibincangkan dan jika dia masih tidak bertindak surat saman akan sampai kepadanya pada Isnin ini," ujarnya.

Mengulas lanjut, Nazir berkata sepatutnya lelaki itu membuat laporan polis ketika kejadian bukannya bertindak melulu dengan memuat naik status berkenaan.

"Dia patut diberi pengajaran, kerana polis perlukan bukti untuk menyiasat siapa yang memandu ketika itu, biar polis yang ambil tindakan terhadap pemilik kenderaan," katanya.

- sinarharian

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP