Friday, 12 August 2016

Doktor Dituduh Sebabkan Kematian Menantu Zahid Hamidi



Seorang doktor yang bertuas di sebuah klinik gigi di Bangsar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian menantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat ke atas Syed Alman Zain Syed Ali.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Dr Ting, 36, didakwa menyebabkan kematian menantu timbalan perdana menteri berkenaan di Klinik Pergigian Imperiah di Jalan Telawi, Bangsar di Kuala Lumpur antara jam 6 petang dan 9.05 malam pada 1 Jun lalu.

Tertuduh diwakili peguam kanan K Kumaraendran manakala pertuduhan dilakukan timbalan pendakwa raya Mohd Abazafree Mohd Abbas.

Hakim Zainal L Saleh membenarkan Dr Ting diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 17 Oktober ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Klini itu sedang berdepan satu tuduhan lain di mahkamah sesyen berasingan.

- mkini



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP