Thursday 25 August 2016

Doktor Gila Seks..



KUALA LUMPUR - Seorang bekas doktor hospital dihadapkan ke Mahkamah Seksyen, semalam atas dua pertuduhan termasuk melakukan hubungan seks tanpa kebenaran dan kelucahan melampau terhadap tukang cuci, tahun lalu, lapor Harian Metro.

Tertuduh, Ahmad Ahnaf Kamarulizham, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan tersebut.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan mangsa, berumur 56 tahun tanpa kebenarannya. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan mencabul kehormatannya mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kelucahan yang melampau terhadap mangsa yang sama dengan membuka seluar dan menunjukkan kemaluan serta melakukan onani di hadapan mangsa. Tertuduh didakwa mengikut Sekysen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah bilik bersimbol "Menyusu Bayi", L4-PA-07, Aras 5, Kompleks Pakar Hospital Kuala Lumpur pada jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi, 18 Mac 2015.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan. Tarikh sebutan ditetapkan 28 September 2016.

Lapor New Straits Times, tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan serta isterinya yang juga bekerja sebagai doktor sedang mengandung anak ketiga di mana kandungannya berusia 6 bulan.

Ahmad Ahnaf telah meletak jawatan sebagai doktor di hospital kerajaan pada 2 November 2015 dan kini menganggur. Isterinya yang mengalami sakit sendi dan pergerakan terhad, terpaksa menanggung keluarga.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP