Friday, 26 August 2016

Esok PAS Sibuk Dan Tak Dapat Hadir Program Tangkap MO1



PETALING JAYA: PAS tidak memberi sebarang arahan kepada ahlinya untuk turun ke demonstrasi #TangkapMO1 anjuran mahasiswa esok, kata Ketua Dewan Ulama.

Ini kerana parti Islam itu terbabit dengan acara lain, kata Datuk Mahfodz Mohamed.

“Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri,” katanya ketika dihubungi FMT.

Pemberita tidak sempat bertanyakan mengenai program yang disebutkan itu.

Tunjuk perasaan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mendakwa individu yang dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam tuntutan penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Dalam tuntutan itu, DoJ mahu merampas aset yang “terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu pakatan antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.

MO1 disebutkan dalam tuntuan itu sebagai mempunyai jawatan penting dalam 1MDB dan mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Riza Aziz – salah seorang daripada beberapa individu yang dinamakan secara langsung dalam siasatan DoJ.

Sementara itu, jurucakap #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof berkata semua parti pembangkang yang dihubungi, termasuk ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan Presiden Datuk Seri Najib Razak, menyatakan sokongan kepada himpunan esok.

Kecuali PAS.

“Mahasiswa yang di bawah PAS turut mendiamkan diri tidak memberi sebarang respon,” katanya, yang menyedari tunjuk perasaan tanpa PAS tidak akan menjanjikan jumlah peserta Islam-Melayu yang ramai.

“Iya memang kita perlukan ramai pihak tetapi tidak apalah kalau itu pendiriannya (PAS),” tambahnya.

Penganjur #TangkapMO1 dilaporkan akan meneruskan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis akan memudahkan penganjuran #TangkapMO1 sekiranya penganjur bekerjasama dengan pihak berkuasa.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

5 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 27 August 2016 at 01:58  

Lebai2 dh lalok sbb mengkedarah pulus 1MDB tu....

M.N.Hasnal Bakiyah 27 August 2016 at 09:03  

Lebai2 tengah lalok daun ketum tu...
Bukan tau apa...
Nyesal aku mangkah kau dulu lebai

Ainul Basirah 27 August 2016 at 13:16  

Dapat dedak dh jadi denak....itulh UG....ulamk ghanimh...!

usop ali 27 August 2016 at 14:46  

lebai malang ...tak kenal mana burok mana baik dah....banyak telan sotong agaknya....

Abdul Rahim 27 August 2016 at 19:32  

Lebai2 pas dok sibuk layan dgn puteri umno kot.

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP