Saturday 20 August 2016

Exco Pemuda Umno Dituduh Pembuli Jalanan

Dituduh pembuli jalan, Nazir enggan buat kenyataan balas



KUALA LUMPUR: Sebuah video kenderaan dipandu dalam keadaan berbahaya yang dimuat naik Farizul Hakim Kamarudin di laman Facebook malam tadi menjadi viral apabila beliau mendakwa pemandu kenderaan itu ialah Exco Pemuda Umno Nazir Hussin Akhtar.

Menerusi catatan di akaun Facebook miliknya, Farizul berkata ketika itu beliau sedang memandu di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) bersama keluarga dan hampir terbabit dengan kemalangan apabila kereta yang didakwanya milik Nazir bertindak menghalang keretanya, lagak seperti pembuli jalanan.

Sebelum itu, ketika di bulatan kecil Seri Gombak menghala ke MRR2, Farizul mendakwa Nazir berkali-kali membunyikan hon dari arah belakang dan cuba menghimpitnya yang menyebabkan kereta milik Farizul hampir melanggar pengadang jalan.

Nazir yang dihubungi FMT sebentar tadi hanya berkata Farizul perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Bagaimana dia boleh tahu individu yang berada di dalam kereta itu ialah saya? Dia tahu ke berapa banyak kereta yang saya ada?

“Saya dinasihatkan oleh peguam untuk tidak melakukan sebarang kenyataan balas. Lebih baik saya diam dan tidak keluar sebarang komen,” katanya.

Nazir berkata beliau sendiri ada menghantar mesej kepada Farizul untuk bertanya mengenai perkara itu.

“Saya tidak mahu panjangkan cerita. Saya anggap ini sebagai serangan peribadi. Dia letak di Facebook dan tag pihak pembangkang untuk malukan saya,” katanya.

- FMT


--------------------------------------

NIZAR HUSSIN, plate NH 10 kereta 5 series. YOU ARE A ROAD BULLY!!

Video ni baru je aku rakam tadi dekat roundabout seri gombak keluar ke MRR2, yg hampir buatkan aku ACCIDENT! Dalam kereta aku ada anak bini aku and mak aku lah!!

Aku dari seri gombak ambik mak aku nak balik rumah aku, then lalu lah roundabout kecik seri gombak ke MRR2 (org seri gombak tau roundabout mana, roundabout plg kecik kat dunia). Macam biasa seri gombak kereta banyak baru balik kerja. So roundabout tu penuh lah dgn kereta. Si mamat Nizar Hussin ni dia dah tak sabar dia hon2 aku kat belakang suruh aku jalan jugak dekat roundabout tu. Aku pon cuba jugak lah jalan tgh busy2 tu. Elok je keluar MRR2, dia himpit aku sampai aku HAMPIR LANGGAR penghadang tepi tu! Lepas tu dia pecut belah macam tu. Apa? dah puas hati ko buat macam tu lepas tu belah? Walaupon tak patut aku speed kejar dia, tapi sebab nak dapat kan no plate dia, aku kena kejar tapi dia pergi arah lain.

Ok Nizar Hussin, which aku rase ko one of the Exco Pemuda Umno, aku nak tanya:

1. Apa salah aku dalam hal ni? Cuba cakap?

2. If aku baik hati bg org lain jalan (utk elakkan accident ofcourse), apa hak ko nak himpit kereta aku?

3. Ni ke sikap someone who should be a leader to a country? Seriously? you guys UMNO mmg akan always perangai macam ni sampai bila2 ke?

4. Kalau plate kereta aku kerabat or somebody, ko buat macam tu ke? ko himpit jugak ke?? Sebab kereta rakyat biasa, ko kesah apa. Macam tu??

5. Aku tak suka road bullies. Serious. Banyak pulak masa aku nak tulis panjang2 ni. Tapi sebab perangai ko ni boleh jadi kat sape2 yg lain, so aku rasa org lain patut tau!

This is too much. TOO MUCH.

Video DI SINI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP