Sunday, 14 August 2016

Gagasan Sejahtera Nama Baru Gabungan Baru Pas-Ikatan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam satu sidang media Mac lalu.



PAS dan Ikatan hari ni menubuhkan secara rasmi sebuah pakatan politik dengan nama Gagasan Sejahtera (Gagasan), namun menjelaskan mereka masih terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain, termasuklah Pakatan Harapan.

Menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Gagasan merupakan satu “jalan alternatif” untuk pengundi yang “bosan” dengan dikotomi politik waktu ini, namun ia masih boleh berunding dengan parti lain, termasuk dalam isu pembahagian kerusi.

“Pilihanraya jauh lagi. Masih belum ada calon. Kita tengok nanti,” kata Abdul Hadi kepada media.

Mac lalu, PAS mengumumkan penubuhan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Abdul Hadi berkata sebuah sekretariat akan diwujudkan antara PAS dan Ikatan yang disertai kepimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk merangka dan berbincang agenda kerjasama berkenaan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

mansor 14 August 2016 at 09:13  

Gagasan Sejahtera @ Gas...
Hihihi

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP