Thursday 4 August 2016

Guru Berusia 50 Tahun Ditahan Cabul Tiga Murid



Seorang guru berusia 50 tahun di sebuah sekolah di Jerteh, ditahan polis setelah ibu bapa pelajar membuat aduan anak mereka dicabul Isnin lalu.

Kesemua ibu bapa kepada tiga pelajar berumur antara 9 dan 10 tahun itu
membuat laporan di Balai Polis Jerteh pada Selasa lepas setelah anak mereka mengadu tentang perbuatan suspek itu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahkan kejadian itu berkata pada awalnya kesemua ibu bapa menemui guru besar sekolah berkenaan untuk membuat aduan namun akhirnya bersepakat membuat laporan polis.

"Polis menahan suspek di sekolahnya kira-kira pukul 3 petang dan berdasarkan temu bual awal, kesemua mangsa memberitahu suspek telah melakukan perbuatan kurang sopan itu terhadap mereka semasa berada di Makmal Komputer sekolah itu," kata Mohd Zamri kepada pemberita di Besut hari ini.

Guru terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan negatif dadah.

Beliau berkata kesemua mangsa akan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, untuk pemeriksaan lanjut.

-Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP