Tuesday 23 August 2016

Hina Agong: Nawawi Tidak Ikhlas Mohon Maaf

Dakwa Agong MO1: Nawawi tak ikhlas, kata PERKASA



Memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" bukanlah perkara utama.

Sebaliknya, Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, apa yang menjadi persoalannya kini adalah sejauh mana Yang di-Pertuan Agong akan memaafkan Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

“Nawawi ini amat biadap, mohon ampun atau tidak perkara nombor dua tapi kita nak tahu juga sama ada Yang di-Pertuan Agong maafkannya atau tidak,” tegas Irwan.

Apatah lagi, menurut Irwan, permohonan maaf yang dibuat Nawawi itu jelas tidak ikhlas.

“Selepas ditempelak, baru beliau nak minta jadi kita tengok keikhlasannya tak ada.

“Ini satu perkara yang amat biadap, Yang di-Pertuan Agong ketua negara jadi tak seharusnya beliau sebagai anggota parlimen yang dilantik secara demokrasi berbuat begitu,” kata Irwan.

Nawawi dalam satu kenyataan semalam memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘MO1’ di laman sosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan pemahaman lain daripada apa yang cuba dinyatakannya.

Mengulas lanjut, Irwan berkata, apa yang dilakukan oleh Nawawi itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, Nawawi, seorang anggota parlimen dan sudah menjadi keutamaan beliau untuk menghormati Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, kata Irwan.

“Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan langsung. Sepatutnya Nawawi lebih berhati-hati dan jangan ingat sebagai anggota parlimen, beliau kebal.

“Beliau hanya kakitangan awam sahaja, jadi, jangan biadap.

“Beliau anggota parlimen bukan mutlak, esok kalau menang pilihan raya jadilah anggota parlimen dan kalau tak, duduklah Langkawi itu saja,” kata Irwan.

- mkini










PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP