Tuesday, 30 August 2016

Husam Musa Sertai Parti AMANAH



PETALING JAYA: Datuk Husam Musa yang mengunci mulut mengenai masa depan politiknya selepas dipecat daripada PAS, dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu majlis yang akan diadakan malam Selasa.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara ini ketika diminta mengesahkan sama ada Adun Salor itu akan menyertai parti itu.

"Akan ada pengumuman khas. Mari kita tunggu," katanya kepada The Star Online.

Menurut jemputan yang dihantar kepada media pada Isnin, Husam akan membuat 'penampilan istimewa' pada majlis makan malam ambang merdeka yang dianjurkan oleh Amanah Putrajaya di Cyberjaya.

Beliau akan disertai oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Jika Husam menyertai Amanah, ia bukanlah satu kejutan kerana beliau sebelum ini telah berkempen secara terbuka untuk parti itu semasa PRK Sungai Besar Jun lalu dan bukannya untuk PAS.

Husam telah dipecat daripada PAS pada bulan Mei, berikutan aduan salah laku.

Sebelum itu, beliau lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pembalakan berleluasa dalam kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan berhubung kerajaan perpaduan dengan Umno.

Dalam satu kenyataan pada malam Isnin, Husam berkata beliau akan 'memakai jersi baharu' pada Selasa.

Husam berkata sejak hampir empat bulan beliau dipecat daripada PAS, tidak ada sebarang petunjuk bahawa beliau akan diterima lagi oleh parti.

"Tidak ada sebarang kajian semula terhadap pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada presiden parti nampaknya sia-sia," katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Saiful Azmi Husin 30 August 2016 at 18:09  

Bagus...Hopefully he will stop crying after being 'kick out' from PAS!!

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP