Wednesday 3 August 2016

India Keluar Waran Tangkap Terhadap Ananda Krishnan



Biro Penyiasatan India (CBI) mengeluarkan waran tangkap ke atas taikun perniagaan, Tan Sri Ananda Krishnan serta tiga yang lain berhubung kes pengubahan wang haram di New Delhi, India.

Selain Ananda Krishnan turut didakwa terlibat ialah Augustus Ralph Marshall serta empat syarikat iaitu Sun Direct TV Pvt. Ltd. (SDTPL), Maxis Communication Berhad, South Asia Entertainment Holding Ltd. dan Astro All Asia Network, lapor New Indian Press.

Waran itu dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram antara Aircel-Maxis yang turut melibatkan bekas menteri komunikasi India, Dayanidhi Maran serta saudara kandungnya Kalanithi Maran.

CBI India turut memberitahu Hakim Mahkamah Khas, OP Saini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan tetapi masih belum disampaikan kepada tertuduh.

Badan Penguatkuasaan Direktorat (ED) pada 25 Mei lalu telah mengeluarkan saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA) untuk memeriksa Ananda.

Kemudian badan itu mengeluarkan satu lagi saman untuk memeriksa Augustus dan kedua-dua saman itu telah dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, keluarga Maran mencabar bidang kuasa mahkamah khas dengan menyatakan bahawa kes tersebut bukan sebahagian daripada spektrum penipuan komunikasi dan skandal politik (2G) dan tidak boleh didengari oleh hakim yang ditetapkan untuk mengendalikan kes-kes 2G secara eksklusif.

Dayanidhi; Kalanithi; isteri kepada Kalanithi, Kavery Kalanithi; Pengarah Urusan Asia FM Ltd. (SAFL), K. Shanmugam dan syarikat-syarikat SAFL dan SDTPL adalah antara yang dipanggil oleh mahkamah sebagai tertuduh.

Dalam pada itu, ED menentang pengakuan adik beradik Maran dengan menyatakan aspek pengubahan wang haram masih disiasat dan berkemungkinan mengganggu bukti serta mempengaruhi saksi.

Mahkamah memerintahkan sebutan kes dilanjutkan pada 27 Ogos ini.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP