Monday 29 August 2016

Kes Seleweng RM15 Juta: SPRM Soal Siasat Jeneral Bersara



PETALING JAYA: Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berkaitan kes penyelewengan bernilai RM15 juta.

Lelaki berusia 65 tahun itu akan menjadi individu kedua dari institusi kewangan yang sama dipanggil oleh SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan itu.

Pengarah Urusan bank tersebut yang berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain pada Khamis.

Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000 salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.

Sumber berkata beberapa bank akaun berjumlah kira-kira RM10 juta dibekukan SPRM berhubung kes itu.

Seorang lagi sumber memberitahu The Star, SPRM mengesyaki beberapa individu bekerjasama untuk menggelapkan wang tersebut.

"SPRM juga sedang mengesan dalang kes ini," kata sumber itu.

Seorang jurucakap SPRM berkata perintah reman terhadap lima suspek termasuk pengarah urusan itu dilanjutkan selama dua hari sehingga Selasa ini.

SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.

Dia turut direman sehingga 2 September ini.

Enam suspek  ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kedudukan.

Ketika dihubungi, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan yang dibuat pada Sabtu.

Dalam kes berasingan, SPRM turut membekukan 17 akaun bank berjumlah RM5.5 juta berhubung penyalahgunaan kuasa dalam projek saluran paip minyak bernilai jutaan ringgit.

Suruhanjaya itu turut merampas sebuah rumah teres, beberapa kenderaan mewah termasuk empat Rolls-Royce, sebuah Ferrari dan Toyota, selain dua motosikal.

Sumber berkata lapan individu termasuk tiga wanita ditahan pada Jumaat lalu.

Perintah reman terhadap semua suspek akan berakhir esok.

Seorang pengarah urusan sebuah syarikat minyak dan gas didakwa menerima rasuah daripada sub kontraktor untuk melantiknya dan meluluskan invois palsu bagi projek bernilai RM76 juta itu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP