Sunday 21 August 2016

'Lee Chong Wei, Inilah Pesaing Terhebat & Kawan Baik Saya' - Lin Dan



Viral di media sosial yang mendakwa, Lin Dan telah menulis satu surat terbuka kepada Datuk Lee Chong Wei di laman Weibo, selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir di Olimpik Rio 2016. Bagaimanapun ada yang mendakwa surat itu ditulis oleh peminat yang mengandaikan jika Lin Dan menulis surat terbuka kepada Chong Wei.

Laman Sina melaporkan bahawa 'surat' itu hanyalah ditulis sebagai andaian sahaja.

Meskipun tidak benar, tetapi sayu juga hati bila membacanya. Surat terbuka yang ditulis dalam bahasa cina itu diterjemah oleh seorang pengguna Twitter,  @_cfyh dalam bahasa inggeris, kami terjemahkan semula ke Bahasa Malaysia. Mungkin ada yang tertinggal atau tidak betul, maafkan kami ya. 


Kepada sahabatku, Chong Wei,

Semalam, bila nampak awak baling raket dan melompat menjerit kegembiraan selepas menewaskan saya, saya benar-benar gembira untuk awak. Kita berdua telah mengenali antara satu sama lain 16 tahun lamanya. Masa itu, kita masih muda dan bertenaga. Kemudian, ada Taufiq, Peter Gade, namun kita berdua masih belum cemerlang lagi. 


Saya menang dalam perlawanan pertama kita, tetapi tiada yang menyangka selepas bertahun-tahun lamanya, saya telah bermain banyak perlawanan dengan awak. Kita menang dan kalah dan ya, dengan izin, saya mengatakan bahawa saya menang lebih sedikit. Tetapi saya tidak mahu bercakap tentang keputusan menang dan kalah, kerana kita tidak lagi boleh diukur dengan itu. 


Ada sesetengah orang memanggil saya "Super Dan" dan ada juga yang berasa sedih untuk awak sebab awak kurang bernasib baik sedikit di belakang saya di mana dalam setiap perlawanan besar, saya akan menang. Namun saya masih bersyukur, disamping kemenangan dan kejuaraan, hubungan "Lin-Lee" masih baik. Kita boleh menjadi seperti Ronaldo dan Meesi, Larry Bird dan Magic Johnson, Federer dan Nadal, yang kekal kerana kewujudan masing-masing. 

Kerana awak, saya masih di sini. Hampir semua kejuaraan saya perolehi, namun saya tidak berani untuk melakukan sebarang kesilapan. Boleh dikatakan saya sunyi bila jarang ditewaskan tetapi jika tidak kerana awak yang selalu mengerahkan keringat saya, yang sentiasa menjadi lawan saya di sebalik jaring itu bila di perlawanan akhir. 


Awak berusaha keras untuk mengejar saya. Awak tak boleh menerima kekalahan dan saya pula tidak berani buat sebarang kesilapan. Sekarang, kita sudah menjadi orang tua. Yang muda pula semakin meningkat naik. Kadang-kadang saya SMS, berbual mengenai pemain-pemain muda ini. Mereka akan berdepan dengan cabaran yang sukar dan persaingan yang banyak untuk menjadi juara. Bukannya seperti dulu yang mana hanya ada kita berdua sahaja. 

Secara jujurnya, memang terasa sunyi. Tetapi setiap kali saya berdepan dengan awak, saya boleh melepaskan semua potensi dalam diri ini menentang awak. Hanya awak saja yang layak untuk saya hadapi setelah berlatih sekian lama. 

Di Rio, ini adalah Olimpik keempat saya. Pada peringkat suku akhir, ia mengambil sedikit usaha untuk mengalahkan pesaing dari India. Bila saya hampir tewas, saya teringat akan janji saya pada awak untuk bertemu di separuh akhir. 

Kali ke 37, kita bertemu lagi. Benar, bila saya tewas kepada awak, saya langsung tidak kecewa. Awak pesaing terhebat saya. Saya rela tewas kepada awak tanpa sebarang rasa kesal. Bila saya peluk awak, saya rasa seolah-olah kita berada di 10 tahun yang dulu. Saya akan simpan jersey awak untuk beritahu anak saya.

"Ada seorang pakcik bernama Lee Chong Wei, pesaing terhebat ayah dan juga kawan baik ayah," 

Semoga berjaya di perlawanan akhir. - Lin Dan


Jika benar, inilah semangat kesukanan dan persahabatan. Biar tewas di mata dunia, namun di hati mereka masih berkawan baik. Moga dua lagenda ini menjadi contoh anak-anak muda untuk maju dalam bidang sukan badminton. - PIXEL MEDIA

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP