Sunday, 21 August 2016

Luahan Hati Nazurah, Kakak Edrus Yang Juga Isteri Kepada Pembunuh Adik Beliau



Kehilangan adik tersayang cukup membuatkan seseorang itu merasa sedih apatah lagi ditambah dengan mengetahui rupa-rupanya suami sendiri yang menjadi dalangnya.

Itulah yang dirasai oleh Nazurah Norsham, kakak kepada mangsa culik dan bunuh adik Nor Amila Edrus yang mana suaminya bernama Norhamid merupakan suspek utama kes tersebut.

Kes ini menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia pada minggu ini.

Ini luahan hati dari Nazurah:


Assalamualaikum..terima kasih pada yg memberi sokongan mahupun MENGHINA saya..terima kasih..

sya tak Mintak semua ni terjadi..bayangkan diri awak2 sendri dalam situasi sy..antara adik kesayangan sy..dan suspek suami sendri..sy kehilangan adik..sedih tak habis tambah pula tahu ini angkara suami..

tambah pula netizen mengkritik sy termasuk anak2 sy yg tk berdosa..dia bersalah dia akan dihukum..balasan dia tetap ada..

sya masih x deactive FB sebab nk sesiapa yg sebarkan gambar anak sy..tolong delete..jgn la terus menghina itu saja sy Mintak..

Al Fatihah untuk adik kesayangan akak..akk syg adik..tempat adik di syurga..tunggu akk mak adik ayah..



Kepada yang menyebarkan gambar anak kepada Nazurah, ahrap dapat delete la ye, kesian anak tersebut. yang salahnya bapanya, yang jahat bapanya, budak kecil itu jangalah dilibatkan bersama.

Kepada Nazurah, diharap dapat bersabar dengan ujian Allah ini.

- penmerah


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP