Sunday, 28 August 2016

Mufti Perlis Penggerak Wahabi Di Malaysia






KUALA LUMPUR – Veteran UMNO mendakwa Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin seorang pemimpin Wahabi yang sedang berusaha keras untuk mengembangkan fahaman songsang itu di Malaysia.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, Mohd. Asri adalah penggerak utama Wahabi di Malaysia dan perkara itu boleh dilihat melalui tindak tanduknya selama ini.

Beliau mendakwa, Mohd. Asri bagaimanapun dilindungi seorang menteri di peringkat kerajaan pusat yang banyak menggunakan kemudahan kerajaan untuk mempromosi dakyah Wahabi tersebut.

“Veteran (UMNO) kesal kerana menteri yang bertanggungjawab dalam hal agama tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung gerakan ‘mengwahabikan’ Malaysia. Malah dalam banyak hal tugas menteri itu diambil oleh menteri lain.

“Veteran UMNO mendesak kerajaan Perlis mengkaji semula perlantikan Mohd. Asri sebagai mufti negeri itu atau memberi kata dua sama ada menjadi mufti atau berpolitik. Veteran UMNO juga mendesak UMNO Perlis jangan tutup mata dengan keceluparan dan kebiadapan Mohd. Asri yang jelas menjolok mata itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari in.

Mustapha berkata, Veteran UMNO bimbang sekiranya pengaruh Wahabi tidak dibendung, maka Malaysia akan berdepan dengan masalah akidah yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam negara ini.

Beliau turut meningatkan kerajaan berhati-hati dengan fahaman Wahabi dan tidak mudah terpesona dengan kelebihan dan kepura-puraan tokohnya yang boleh menjelma dalam rupa yang berbeza.

Dakwanya, Wahabi kini berada dalam setiap jabatan kerajaan dan mereka sedang berusaha keras untuk ‘mengwahabikan’ negara ini.

Malah, dakwanya, terdapat tokoh-tokoh Wahabi yang telah dipilih sebagai pemimpin Pemuda dan Majlis Tertinggi UMNO.

“Mereka diberi tempat kerana perwakilan terpesona dengan kebolehan mereka sebagai tokoh agama. Pucuk pimpinan UMNO juga terpengaruh dengan mereka yang dilihat sebagai tokoh agama yang berpotensi.

“Wahabi telah berjaya mempengaruhi media cetak dan media elektronik disamping penggunaan media sosial yang berkesan. Wahabi juga mendapat dana yang cukup untuk mengembang lebar kegiatan mereka termasuk tajaan untuk mengerjakan umrah,” dakwanya lagi.

Mustapha turut mengingatkan UMNO dan kerajaan Persekutuan bahawa Mohd. Asri merupakan golongan anti-kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwanya, Mohd. Asri sedang mengukur pengaruhnya dalam kalangan generasi muda kerana yakin golongan itu yang akan menentukan menang atau kalah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mohd. Asri akan menggunakan pengaruhnya untuk menghasut golongan muda supaya meneruskan demonstrasi sebagaimana dalam postingnya yang terbaharu menyokong demonstrasi mahasiswa yang didokong oleh DAP.

“Mohd. Asri dan gerakan Wahabinya amat berbahaya kepada negara ini. Oleh itu Veteran UMNO sekali lagi dengan tegas memberi amaran kepada kerajaan Perlis, UMNO Perlis, kerajaan pusat dan pucuk pimpinan UMNO supaya jangan terlena dan terpedaya dengan ‘kealiman’ orang Wahabi. Membiarkan mereka bererti negara ini mengundang bencana,” dakwanya.

Sehubungan itu, Mustapha menyarankan Mohd. Asri meletakkan jawatan dan menyertai parti poitik pembangkang memandangkan beliau jelas menyokong gerakan anti-kerajaan yang didokong oleh parti pembangkang termasuk DAP.

“Tidak salah dia menegur kepimpinan dengan cara berhemah sesuai dengan jawatannya. Tetapi bukan secara berterusan campur tangan sehingga melebihi batas kemuliaan institusi mufti itu.

“Sekiranya beliau berminat berpolitik, Veteran UMNO mencabar beliau meletak jawatan sebagai Mufti Perlis dan bertanding dalam PRU14 nanti. Mohd. Asri boleh memilih untuk bertanding atas tiket pembangkang yang dia suka,” katanya.

Laman Facebook Mohd. Asri semalam memuat naik satu status yang seolah-olah menyokong perhimpunan haram anti-kerajaan di ibu negara semalam.

Kenyataan yang dipercayai dibuat oleh Mohd. Asri itu berbunyi, “Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!”

Perhimpunan bertemakan #Tangkap MO1 yang kononnya anjuran golongan mahasiswa itu sebenarnya dirancang oleh pemimpin pembangkang termasuk Parti Amanah Negara (PAN). - mynewshub

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

5 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 28 August 2016 at 23:53  

Wahai latuk...
Lu punya ayat kata lua pun wa sulah faham...
"Mau jadi mufti or berpolitik"
Kah...kah...kah...

Lampak sangat lu punya cakap bukan pasal agame..tapi...lu sakit hati sbb itu mufti sulah tegur parti politik lu olang. Lu jadi malah.

Kah...kah...kah..
Mmg bute punya hati olang tue
Sulah tue pun masih bute hati ka??

Latuk haaa.
Jgn jadi selupa bulung belatuk laaa...

mansor 29 August 2016 at 00:15  

Bengong , org ni skit2 wahabi, ulamak yg bisu dgn rasuah dn penindasan takk kisah plak...bangang dia ni...

Rangga 29 August 2016 at 23:19  

Sebelum jdi bengong dengarlah..

http://www.youtube.com/watch?v=3MXcAfySeew

Wahabi 2
http://www.youtube.com/watch?v=JAFdbcHFhQs

Jom viralkan..

Abdul Rahim 30 August 2016 at 01:21  

Bila lembu paling bodoh b'ckp.

Pejuang Demokrasi 30 August 2016 at 06:44  

Orang berbicara fasal manhaj tetapi mangkuk ayun dalam komen berbicara politik. Gerakan pemikiran Wahabi tidak sesuai diamalkan di Negara ini. Mufti ini di dakwakan penggerak di negara ini.Itu yang di lontarkan. Yang merapu masuk cerita politik itu apakah jadahnya.
.
Low mentaliti tidak boleh bawa berpolimik pak-puak politik premature ini.

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP