Tuesday 30 August 2016

Muhyiddin 'Curang' Dan Cuba Alih Tajuk



Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengalihkan perhatian daripada “kecurangannya” dengan mendakwa perdana menteri mempunyai hampir RM4 bilion dalam akaun banknya, kata setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Razak, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.

Muhyiddin pada hari minggu lalu berkata bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah menunjukkan bukti padanya bahawa Najib mempunyai wang sebanyak itu dalam akaunnya.

Tengku Sariffuddin membangkitkan dakwaan “kecurangan dengan isteri orang lain” dalam sebuah akuan berkanun (SD) yang didakwa penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Muhyiddn berkata tuduhan itu tidak berasas, berniat jahat, berbaur politik yang "cukup menjijikkan" serta cuba merosakkan integritinya.

Tengku Sariffuddin dalam kenyataannya hari ini berkata, akaun Najib telah disiasat secara menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa dan didapati tiada undang-undang dilanggar.

Najib juga berulang kali menafikan menyalah guna dana awam.

Sementara Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkan namanya daripada dakwaan salah laku dalam isu derma RM2.6 bilion dan aliran RM42 juta daripada SRC International dalam akaun peribadinya.

Muhyiddin minggu lalu mendakwa RM1 bilion sudah pun berada alam akaun bank Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan sebagai derma politik daripada kerabat diraja kerajaan Arab Saudi.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP