Thursday 4 August 2016

Mukhriz Persoal Polis Tutup Kes Konspirasi Guling Najib



Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bersetuju dengan tindakan polis menutup fail berhubung laporan mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam mesej teks kepadaMalaysiakini, bekas menteri besar Kedah itu berkata apabila naib ketua pemuda Umno itu membuat dakwaan begitu serius, beliau pasti mempunyai justifikasi untuk berbuat demikian.

Disoal bahawa dakwaan konspirasi itu didalangi oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz sekali lagi menekankan kepentingan siasatan menyeluruh.

"Polis perlu menyiasat.

"Bagaimana PDRM (polis) boleh menolaknya (dakwaan dalam laporan itu) sebagai semata-mata andaian?" soalnya.

Minggu lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun menimbulkan kekecohan dengan memfailkan laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang didakwa terlibat dalam konspirasi bagi menumbangkan Najib.

Katanya, ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran.

Khairul Azwan juga mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka juga memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.

Beliau kemudiannya disoal siasat oleh polis, tetapi Khalid kemudian berkata laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.

Khalid juga berkata pemimpin pemuda Umno itu tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu setelah memberinya amaran.

Anehnya, Khairul Azwan mengambarkan apa yang berlaku itu sebagai satu kejayaan Pemuda Umno mematahkan percubaan menggulingkan Najib.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP