Friday, 26 August 2016

'Nabi Isa' Ditahan Polis Pandu Kereta Klon

Suspek (tengah) ditahan polis


Kuala Lumpur: Seorang lelaki, 43, yang mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa ditahan polis selepas dipercayai memandu kereta klon di Jalan Tun Razak, di sini, jam 4.30 petang semalam.

Suspek yang memandu kenderaan model Kia Sportage turut menggunakan nombor pendaftatan 'WWE 3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI' sebelum ditahan tiga anggota polis trafik.

Bagaimanapun ketika ditahan, suspek telah mengeluarkan kata-kata provokasi dan ancaman terhadap polis termasuk mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan akan membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sekiranya berjaya mengambil alih negara bersama orang-orangnya.

Difahamkan isteri dan anak suspek yang berada di dalam kenderaan itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek lelaki berkenaan dan berkata kes itu kini diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP