Monday, 15 August 2016

Najib Gembira Umno Johor Setia

PM: "Pada hemat saya, patutlah negeri Johor ini, negeri di mana UMNO lahir, menjadi kubu kuat kepada UMNO,". - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa gembiranya terhadap UMNO Johor yang terus setia menyokong beliau dalam perjuangan parti.

Perdana Menteri berkata sokongan itu dinyatakan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi yang dirasmikannya hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata meskipun dilanda gelora sejak akhir-akhir ini, UMNO Johor terus kekal harmoni.

"UMNO bukan lahir di tepi jalanan, UMNO lahir di tangga Istana Besar Johor. Dan UMNO bukan lahir atas dasar kebencian, UMNO lahir bertunjangkan wadah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Pada hemat saya, patutlah negeri Johor ini, negeri di mana UMNO lahir, menjadi kubu kuat kepada UMNO," kata Najib dalam catatannya di laman Facebook beliau hari ini.

Najib turut meminta semua anggota parti supaya merapatkan perpaduan dalam kalangan anggotanya.

"Pastikan meski apa pun badai melanda, parti kita akan terus kekal berjaya dan Johor akan terus jadi kubu kuat kepada UMNO dan Barisan Nasional!" katanya.

- astroawani

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP