Sunday 7 August 2016

Najib: Saya buat lebih banyak untuk kaum India dari Dr M



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah memberi sumbangan lebih banyak kepada masyarakat India berbanding pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib memetik ucapan Presiden MIC Dr S Subramaniam sebelum itu yang mengatakan beliau merupakan satu-satunya perdana menteri yang menyedari bahawa banyak lagi perlu dilakukan untuk memajukan masyarakat India di negara ini.

"Beliau (Subramaniam) boleh cakap dengan cara lain; bahawa dalam tempoh tujuh tahun saya menjadi perdana menteri, saya telah melakukan lebih daripada seseorang yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun," kata Najib dalam majlis makan malam MIC malam tadi sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 tetamu, kebanyakan anggota MIC.

Terdahulu, Subramaniam menggariskan sumbangan Najib dan berkata masyarakat India bersyukur dengan pelbagai inisiatif dan bantuan perdana menteri.

Menteri kesihatan itu juga meminta hadirin untuk bangun dan memberikan tepukan sebagai tanda penghargaan terhadap Najib.

Ketibaan Najib di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps)  itu disambut dengan penuh semangat oleh anggota-anggota MIC dan ramai daripada mereka berebut-rebut untuk bersalaman dan bergambar dengannya.

Najib, dalam ucapannya berkata beliau menyedari Subramaniam meminta dua perkara sebagai 'hadiah hari jadi' untuk ulang tahun ke-70 MIC.

Mengenai cadangan Subramaniam untuk menetapkan dasar bagi kaum India yang dilahirkan atau telah menetap di Tanah Melayu sebelum tahun 1957 dan masih belum diberi kewarganegaraan, Najib mengakui bahawa ia adalah masa untuk mereka menyelesaikan isu ini.

"Ia adalah wajar mereka diberi kerakyatan kerana telah berkorban banyak untuk negara ini," katanya.

Najib berkata beliau juga menerima cadangan Subramaniam agar sekolah-sekolah berasrama penuh dibina untuk pelajar India dari keluarga berpendapatan rendah dan bermasalah.

"Inilah cara kita membantu, kerana kalau ada mobiliti sosial, bukan hanya seorang akan mendapat faedah tetapi seluruh keluarga mereka akan juga mendapat faedah," katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP