Tuesday 23 August 2016

Najib: Saya Punya Standard Lebih Kurang Obama



Akibat kecederaan kakinya yang terseliuh semasa beraksi dalam perlawanan kebajikan beberapa dekad yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengakui terpaksa melupakan permainan kegemarannya iaitu bola sepak dan kini meminati golf.

Dalam sesi dialog 60 minit bersama pelajar pada 18 Ogos lalu, Najib diminta berkongsi pengalamannya bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii, semasa cuti Krismas, 2014.

“Saya partner dengan Obama. Dia pun boleh tahan tetapi saya punya standard lebih kurang Obama la.

“Tidak mahu kalah, tidak mahu kalah,” katanya.

Najib juga ditanya mengenai jumlah handicap golf sekarang.

“Handicap tengok pada siapa saya lawan,” katanya peserta Kembara Mahasiswa Nasional, minggu lalu.

Transkrip penuh wawancaranya dimuat-naik di blog rasmi Najib hari ini.

Percutian Najib ketika itu terpaksa dipendekkan dan beliau bergegas pulang ke tanah air kerana negeri-negeri di pantai timur dilanda apa yang digambarkan sebagai kes banjir paling teruk.

Permainan golf itu menjadi kebanggaan Najib dan beliau dilaporkan berkata kepada sekumpulan pelajar Malaysia di New York pada September tahun lalu bahawa dirinya adalah satu-satunya perdana menteri yang diberi peluang bermain bersama Obama.

Pada dialog itu Najib sempat memberi nasihat kepada pelajar untuk warm-upterlebih dahulu.

“Zaman muda main bola tetapi lutut saya ini, saya buat silap. Bila saya jadi menteri belia dan sukan, saya masa itu rasa saya muda lagilah pada masa itu.

“Saya kebetulan kena flu hari itu tetapi mereka desak saya. Mainlah, kena main. Saya kata tidak apalah, saya main 10 minit sahaja.

“Dan apa yang berlaku bila orang hantar bola kepada saya, saya cuba pusang. Badan atas saya pusing, kaki saya tidak pusing ke apa saya tidak tahu, saya terseliuh kaki saya. Dan lutut saya dalam kesakitan.

“Selepas itu, walaupun dia pulih sudah tidak macam semula jadi, tidak macam dulu,” katanya.

Disoal sama ada kecederaan itu akibat kerna mahu menjukkan bakatnya, ini jawapan Najib.

“Saya cuba nak tunjuk, tetapi tidak menjadi sebab saya tidak warm up. Itu kesilapan saya. Sebab nak main 10 minit sahaja,” katanya.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP