Friday 12 August 2016

Najib 'Serang' Mahathir..

'Tidak ada beza saya dan 'pemimpin lama' itu'



SHAH ALAM – “Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti-parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya dahulu,” demikian ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Najib, ‘pemimpin lama’ yang dikatakan itu sering melontar tohmahan terhadap dirinya dan anggota pentadbiran kerajaan.

Ujar Najib lagi, ia dilakukan semata-mata untuk mempertahankan ego milik pemimpin lama itu.

“Memang diketahui umum bahawa beliau sebelum ini tidak pernah kalah, dan bagi menjaga air muka beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada kegagalan dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

“Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan yang ada hari ini.

“Apa yang dikatakan beliau berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan,” ujar Presiden Umno itu menerusi catatan di Najibrazak.com.

Mengulas lanjut, Najib berkata, apa yang dilaluinya sekarang tidak ada bezanya dengan apa yang pernah dilalui oleh ‘pemimpin lama’ itu sebelum ini.

Tegas Najib, beliau akan tetap meneruskan usaha membangunkan agama, bangsa dan negara tercinta walau terpaksa menempuh segala tohmahan yang dilemparkan.

“Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau (pemimpin lama) dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

“Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau. Hal ini kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang boleh memberi khidmat bakti sepanjang masa bukannya hanya bermatlamat menjatuhkan orang lain,” katanya lagi.

- sharian




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP