Thursday 18 August 2016

‘Parti Seks Liar DiCaprio Dipercayai Dibiayai Dengan Dana 1MDB’



Sebuah penerbitan industri hiburan yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan bahawa aset yang dipercayai dicuri daripada firma pelaburan negara Malaysia, 1MDB digunakan untuk menganjurkan majlis mengutip derma oleh bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio, yang terkenal dengan penganjuran parti liar.

"Parti serba bebas dan liar ‘bacchanal’ di mana para isteri pasti tergugat dengan wanita Slavic yang pakaian menjolokkan mata dan secara terbuka bercengkerama di bilik mandi," adalah bagaimana The Hollywood Reporter (THR) menghuraikan majlis tahunan Yayasan Kebajikan DiCaprio (LDF) itu.

Mungkin keterlaluan, tetapi ‘bacchanal’ boleh terjemahkan sebagai "orgies" atau pesta seks berkumpulan dan ia merujuk kepada sambutan kumpulan kultus Bacchus, dewa purba anggur, kegilaan ritual, keghairan agama dan teater .

Sambutan itu terkenal dengan keseronokan hedonistik seperti penggunaan alkohol, dadah, seks, orgies serta kerakusan.

Dan jika laporan oleh penerbitan itu adalah benar, wang yang didakwa dicuri dari 1MDB mungkin digunakan oleh yayasan kebajikan itu bagi menganjurkan parti seks bebas, sesetengahnya disumbangkan pada majlis amal yang menghidangkan makan malam mewah dengan pelayan Slavic yang hampir berbogel.

Ini, kata THR, adalah berdasarkan maklumat dalam pemfailan pelucuthakan aset berkaitan 1MDB yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika.

THR melaporkan pada majlis tahun ini yang diadakan pada 20 Julai lalu di St Tropez, tiket bermula pada harga AS$11,778, dengan DiCaprio menyambut kehadiran kira-kira 500 tetamu parti liarnya.

- malaysiakini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP