Sunday 7 August 2016

Perak Bangsat Dan JDT Bangsat Punca Pergaduhan

Penyokong JDT menyerang jurufoto NSTP, Supian Ahmad (kiri) selepas tamat perlawanan Perak menentang JDT di Stadium Ipoh, semalam (Foto petikan video Ihsan RTM) dan keadaan Supian yang cedera.



Ipoh: Tujuh laporan termasuk dua kecederaan anggota polis diterima dalam pergaduhan membabitkan penyokong Perak dan Johor Darul Ta'azim (JDT) di Stadium Perak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis turut membuka satu kertas siasatan membabitkan tangkapan dua penyokong JDT yang membawa masuk suar ke dalam stadium.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 31 tahun yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1975.

"Punca kejadian dipercayai disebabkan provokasi kedua-dua penyokong yang mengeluarkan perkataan 'Perak bangsat' dan ‘JDT bangsat’ diiringi paluan gendang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

"Cacian dan maki kemudian bermula diikuti balingan objek seperti botol minuman dan mercun sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku di tempat duduk penyokong sebelum petugas stadium dan polis membuka pintu pagar untuk mengasingkan mereka," katanya.

Sum berkata, penyokong JDT yang diasingkan dalam padang kemudian bertindak agresif merosakkan papan iklan sebelum mengambil botol air, batu serta serpihan kerusi dan melontarkannya ke arah penyokong Perak.

Menurutnya, penyokong Perak yang berada di tempat duduk penonton mula membalas tindakan itu dengan membaling objek ke arah penyokong JDT.

Menurutnya, selain tujuh laporan dan satu kertas siasatan tangkapan, polis turut membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.





PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP