Saturday 20 August 2016

Perkasa Gesa Agong Tarik Balik Pingat Dari MP Langkawi



Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu, WIRA PERKASA hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung kenyataan ahli parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang melabelkan Seri Paduka sebagai ‘Malaysia Official 1' (MO1).

Memorandum itu diserahkan kepada wakil istana kira-kira jam 3 petang.

Antara kandungan memorandum itu ialah menggesa Seri Paduka untuk mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Nawawi demi menjaga nama baik institusi Raja-raja Melayu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum, Ketua WIRA PERKASA Irwan Fahmi Ideris mahu Yang di-Pertuan Agong bertindak dengan manarik balik gelaran ‘datuk’ yang diberikan kepada Nawawi.

Malah, Irwan turut menggesa ketua polis negara supaya bertindak ke atas Nawawi memandangkan pihaknya telah membuat lima laporan berhubung kenyataan yang disiarkan di Facebook ahli parlimen Langkawi itu.

"Kita minta Agong ambil tindakan dengan cara tarik balik gelaran datuk yang dia ada.

"Kita cabar ketua polis negara, setelah beberapa laporam polis dibuat, jangan simpan (kes ini), kita mahukan tindakan.


“Benda ini kita nak sampai dia (Nawawi) dikenakan hukuman seadilnya. Kita minta ketua polis negara mainkan peranan mempertahankan institusi raja kita," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas penyerahan memorandum di perkarangan Istana Negara di ibu negara.

Rabu lalu, menerusi tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Sementara itu, Setiausaha Biro Integriti Anti Rasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Dr Muhammad Faiz Na'aman turut membidas Nawawi.

"MO1 itu maksudnya pegawai nombor satu. Agong bukan pegawai. Kalau sebagai ahli parlimen pun tak reti hal ehwal kenegaraan dia memang bodoh.

"Dan masyarakat Malaysia kena tahu fakta bahawa MO1 ada pertalian keluarga dengan Riza Aziz iaitu anak tiri Datuk Seri Najib (Razak). Agong tak ada pertalian. Macam mana Nawawi boleh terlepas pandang?" soalnya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP