Wednesday 17 August 2016

Rasuah Pegawai Tinggi DBKL: SPRM 'Hairan' Sikap Ku Nan



Berdepan dengan siasatan rasuah seseorang menteri sepatutnya menunjukkan sikap yang betul dan bukannya memberi pujian kepada pegawai yang ditahan.

Menganggap sikap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai "menghairankan" seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tiada kompromi wajar ditunjukkan bagi kes rasuah.

Beliau yang enggan namanya dipetik berkata, Menteri Wilayah Persekutuan itu menampakkan seolah-olah kerajaan tidak melindungi orang awam.

"Kenyataan menteri berkenaan memang amat menghairankan!" katanya.

Malaysiakini pada 15 Ogos lalu melaporkan tiga penjawat awam ditahan oleh pegawai SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Seorang daripada mereka berpangkat Datuk Seri, manakala seorang lagi Datuk.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek ditahan dalam operasi serentak di tiga tempat iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Luar kerja menteri tak tahu

Semalam pula SPRM mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman suspek sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM.

SPRM juga merampas pelbagai aset bernilai jutaan ringgit.

Suspek berpangkat Datuk Seri itu adalah pegawai kanan di DBKL dan dia turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Hari ini memetik Tengku Adnan, New Straits Timesmelaporkan menteri itu sebagai berkata Datuk Seri terbabit adalah "pegawai yang bagus" malah mendapat kenaikan pangkat dua kali hanya dalam tempoh setahun.

"Setakat yang saya tahu, pegawai itu ialah seorang pegawai yang bagus, komited dengan tugas dan penuh perhatian. Beliau berpindah dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini beliau dalam Gred Khas B kerana beliau seorang yang bagus dan mempunyai potensi.

"Bagaimanapun, iaitu dia di tempat kerja ... apa yang dia lakukan selain daripada kerja, saya tidak tahu," katanya kepada New Straits Times.

Sumber SPRM itu berkata pihaknya memang "hairan" dengan kenyataan balas daripada menteri terbabit.

"Seorang menteri sepatutnya tidak berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan kenyataan itu menampakkan seolah-olah kepentingan awam tidak terpelihara," katanya.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP