Friday 19 August 2016

Rio 2016: Lin Dan Tersungkur, Chong Wei Mara Ke Final

Lee Chong Wei dan musuh tradisinya Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki sebentar tadi.


KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki sebentar tadi in Rio de Janeiro.

Pemain nombor satu dunia Chong Wei berjaya mengekang kehebatan juara Olimpik dua kali dari China ini dengan mencatat keputusan 15-21, 21-11, 22-20  dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.

Lawan Chong Wei di final akan ditentukan dalam perlawanan separuh akhir kedua di antara pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pemain China, Chen Long sebentar lagi.

Perlawanan akhir bagi merebut pingat emas perseorangan lelaki akan berlangsung pada Sabtu, 20 Ogos, jam 8.20 malam.

Ini merupakan kali ketiga Chong Wei bertemu Lin Dan di Olimpik, setelah pertemuan mereka pada final perseorangan lelaki 2008 di Olimpik Beijing dan 2012 di Olimpik London.

Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan, Chou Tien-chen 21-9, 21-15 pada peringkat suku akhir.

Dalam perkembangan sama, Malaysia berpeluang memperoleh satu lagi pingat emas melalui acara badminton hari ini apabila pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong turun menentang pasangan China, Fu Haifeng dan Zhang Nan pada final jam 10.15 malam.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP