Tuesday, 30 August 2016

RM1 Billion Dalam Akaun Najib Hanya Khabar Angin Kata Zahid

Zahid minta Muhyiddin beri bukti, bukan sekadar khabar angin



PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti berhubung dakwaannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memiliki hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadinya.

Beliau juga menyelar Muhyiddin kerana membuat kenyataan tidak berasas berdasarkan khabar angin.

“Minta dia berikan bukti jika dia ada. Dia menuduh perdana menteri kita, jadi dia mesti menunjukkan bukti.

“Jangan buat dakwaan berdasarkan khabar angin,” katanya ketika diminta mengulas satu laporan Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion sudah ada di dalam akaun bank peribadi perdana menteri malah sebelum kontroversi yang dilaporkan secara meluas mengenai RM2.6 bilion.

Menurut laporan itu, Muhiyiddin berkata beliau difahamkan mengenai simpanan itu sebelum daripada sumbangan yang dikatakan daripada Arab, daripada bekas peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Zahid bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat kerjasama keselamatan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan di sini hari ini.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata keputusan mahkamah perlu dihormati.

Mahkamah Rayuan memutuskan perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja T kuning Bersih dan risalah berkaitan dengan perhimpunan Bersih itu tidak munasabah.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 30 August 2016 at 10:02  

Kerajaan tak nak cari ka siapa MO1. Kenapa KDN senyap membisu. Patut dedahkan siapa MO1 tu. Sekarang dh jd viral disemua media electronik. KDN patut malu kerana negara luar mendahului siasatan mereka. Rakyat negara ini perlu tahu siapa MO1 tu.

Cik Minah 30 August 2016 at 11:44  

Zahid ni pun nampaknya dah NYANYOK macam Najib.
MUDAH LUPA.........hehehe.
Bukan ke dia sendiri MENGAKU pernah jumpa anak
RAJA ARAB yang dermakan duit 1.6 bilyon yang
dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank........????
Berita kisah dia jumpa anak Raja Arab yang derma
1.6 bilyon kepada NAJIB ni disiar besar-besaran
di semua surat kabo arus perdana dan juga buletin TV3.
Boleh tak Mahyidin gunakan kata-kata Zahid ni sebagai
bahan bukti prima facia di mahkamah.........????
Boleh selongkar balik achive TV3 tunjukkan Zahid
bercakap pasal benda ni secara live.

****HARAP Blogger siarkan, jangan dikunci dalam peti besi*****

Zalha Muhamad 30 August 2016 at 22:19  

Tak perlu zahid pongpang sana sini atau buat sorang media. Buat sahaja laporan polis dan saman sahaja Mahyudin. Takkan dah jadi TPM pun tak pandai lagi. Awakkan menteri dalam negeri

Zalha Muhamad 30 August 2016 at 22:21  

Tak perlu zahid pongpang sana sini atau buat sorang media. Buat sahaja laporan polis dan saman sahaja Mahyudin. Takkan dah jadi TPM pun tak pandai lagi. Awakkan menteri dalam negeri

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP