Tuesday, 23 August 2016

Salleh Keruak: DAP Boleh Jadi PM Malaysia

Bukan sahaja Umno, semua pemimpin parti termasuk DAP yang mendapat sokongan majoriti boleh menjadi perdana menteri, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak. ― Foto Bernama


KUALA LUMPUR, 23 Ogos ― Menjadi kebiasaan perdana menteri Malaysia dipilih daripada Umno kerana parti ini, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), mendapat majoriti kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun pemimpin DAP juga berpeluang menjadi perdana menteri jika mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Secara teknikal jika pembangkang menang 112 kerusi di Parlimen dan mereka mahu calon bukan Melayu DAP menjadi perdana menteri, ia masih sah mengikut undang-undang,” kata bendahari Umno kepada Malay Mail Online.

Seseorang perdana menteri dilantik daripada parti yang memenangi majoriti mudah, daripada jumlah 222 kerusi Parlimen sekarang, dan mendapat sokongan majoriti.

Salleh berkata bawah pentadbiran BN, perdana menteri dipilih dari Umno kerana parti itu mempunyai kerusi terbanyak di Parlimen.

“Setakat ini, pendirian kami adalah jelas ― pemimpin parti yang menguasai majoriti kerusi akan menjadi perdana menteri,” katanya.

“Presiden Umno yang juga pengerusi BN akan menjadi perdana menteri. Beginilah demokrasi kita,” katanya.

Menteri itu diminta mengulas sama ada Malaysia juga ingin meminda Perlembagaan bagi membolehkan seorang perdana menteri bukan Melayu dilantik pada masa depan susulan usul yang dibuat di Singapura.

Republik itu baru-baru ini mengumumkan ia akan mengubah Perlembagaan bagi membolehkan presidennya dilantik daripada penduduk minoriti negara itu.

Tidak sama perdana menteri Malaysia, presidennya bagaimanapun tidak mempunyai kuasa eksekutif.

malaymail

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP