Saturday, 13 August 2016

Seminar IS & Kafir Harbi: Polis Bersenjata Lengkap Berkawal



KUALA LUMPUR: Seminar “Ancaman Daesh dan Istilah Kafir Harbi” yang berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur dikawal ketat pihak polis.

Semua peserta yang hadir perlu menjalani pemeriksaan keselamatan oleh pasukan petugas khas anti-keganasan Bukit Aman yang lengkap bersenjata sebelum memasuki dewan seminar.

Sekurang-kurangnya 10 anggota dilihat berkawal sejak program bermula jam 8 pagi, sekaligus melancarkan perjalanan program yang akan berlangsung sehingga jam 5 petang.

Seminar ini akan menampilkan Pengarah Islamic and Strategi Studies Institute (Issi) Dr Amran Muhammad, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas (SB) Bukit Aman Datuk Ayob Khan, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) Engku Ahmad Fadzil Ali dan pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Hizam Hanafiah.

Hampir 100 peserta hadir untuk mendengar pembentangan panel.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan untuk merasmikan program tersebut, namun peserta dimaklumkan bahawa beliau, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak dapat menghadirkan diri.

Majlis kemudiannya dirasmikan Zamihan Mat Zin.

- FMT


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP