Tuesday 2 August 2016

Shafie Apdal Tubuh Parti Baru Di Sabah

Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan penubuhan parti baharu tidak lama lagi.



KOTA KINABALU, 1 Ogos — Selepas keluar Umno, bekas naib presidennya Datuk Seri Shafie Apdal bakal melancarkan parti politik baharu dalam masa terdekat.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, parti tempatan berpangkalan di Sabah akan disertai ramai orang selepas ia dilancarkan nanti, lapor portal Astro Awani.

“(Parti) sudah pun ada cuma kita nak lancarkan. Insyaallah bila tempatnya waktunya bersesuaian kita akan lancarkan nanti,” katanya dalam video yang dimuat naik di portal berita Awani berbahasa Melayu.

Ditanya tentang kemungkinan parti baharunya itu akan bekerjasama dengan pembangkang, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata pihaknya perlu “berhati-hati”.

“Saya tengok dulu, bila ada kerjasama sebaik-baiknya kita kena teliti dan hati-hati pasal banyak pengalaman yang pernah kita lalui dalam penggabungan parti-parti ini, yang penting kepada kita rakyat bersatu dahulu,” katanya.

Bekas Ketua Umno Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin parti sejak 24 Jun lalu.

Pengumuman dibuat beberapa hari selepas Majlis Tertinggi memecat timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Turut keluar parti Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong serta tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan pada 27 Jun lalu, susulan tindakan MT Umno menggantung keahlian Shafie.

- FMT




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP