Monday, 29 August 2016

SPRM Tahan Tan Sri, Pengerusi Syarikat Bank



KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar ‘Tan Sri’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta dibekukan.

“Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga dari bank berkenaan ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’ ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, 3 penjawat awam, 2 daripadanya bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik ketua pesuruhjaya pada 1 Ogos.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

tanya sama itu hud hud 29 August 2016 at 20:46  

Sprm berani tahan kes juta2 je la,
Kes bilion2 senyap sepi..
Puii

M.N.Hasnal Bakiyah 30 August 2016 at 00:43  

SPRM sepatutnya menunjukkan contoh tauladan pada rakyat. Kenapa kepala Jerung dilepas...yg ditangkap bilis2.

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP