Saturday, 13 August 2016

Tiada Nama Besar Hadir Pengkebumian Piee



BALIK PULAU: Shafiee Jaafar yang lebih dikenali sebagai Piee bukanlah nama besar dalam industri seni tanah air, tetapi anak kelahiran Pulau Pinang itu dikenali ramai melalui lakonannya dalam filem berkaitan pulau mutiara itu.

Bagi peminat filem, ‘Anak Mami’ dan ‘Mami Jarum’ tidak akan lengkap jika tiada kelibat Piee, walaupun bukan sebagai watak utama.

Piee, 85, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam Khamis di rumah anaknya di Flat Jalan Hassan Abbas akibat sakit tua dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Teluk Bahang, pada 3.30 petang tadi dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan.

Tiada kelibat nama besar dalam industri filem negara mahupun rakan-rakan artis dari luar Pulau Pinang dilihat pada pengebumian Piee.

Keadaan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa kecewa dan penggiat seni veteran, Omar Md Hashim atau dikenali sebagai Omara, 61, menyifatkan pemergian Piee adalah satu kehilangan kerana beliau pelakon berdedikasi.
“Allahyarham banyak menyumbang dalam lakonan filem seperti Nana Tanjong, Anak Mami, Jutawan Fakir, Mami Jarum dan banyak lagi.

“Sekurang-kurangnya mereka hadir sebagai tanda hormat dan terima kasih atas jasa arwah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Bagaimanapun, bagi keluarga Piee, mereka memahami sekiranya penggiat seni dari luar Pulau Pinang tidak dapat hadir pengebumian pelakon itu.

Subariah Shaffii berkata, beliau tidak mengharapkan apa-apa dan memahami mereka tidak dapat hadir menziarahi bapanya mungkin disebabkan kekangan masa.

“Sebagai anak, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir hari ini, terutamanya kariah masjid yang banyak membantu melancarkan pengebumian arwah ayah,” katanya.

Shaffii yang dilahirkan pada 9 Januari 1931 di Kedah mempunyai sembilan anak dan bergiat aktif dalam industri perfileman tanah air sejak 1980-an.

Piee berhenti berlakon sejak 2011 disebabkan masalah kesihatan dan filem terakhirnya ialah ‘Kongsi’ sebagai pelakon tambahan.

Antara yang hadir pada pengebumian Piee petang tadi ialah penggiat seni boria tempatan, Hasyim Ariffin, 56; peserta Maharaja Lawak daripada kumpulan Mamu, Abu Musarrif Abu Bakar, 28, dan penyanyi zaman 60-an, Mohd Hashim Mohd Sharif yang dikenali sebagai Rocky Din, 67.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP