Wednesday, 17 August 2016

Tuduhan Bekas PA Mukhriz Gila Dan Tak Masuk Akal

"Tak Masuk Akal", Mukhriz Nafi Dakwaan Bekas Pegawai Khas




ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat, yang semalam mengatakan beliau mahu menjadi Perdana Menteri secara 'fast track' (laluan mudah).

Mukhriz ketika bercakap kepada media menjelaskan bahawa kenyataan Haris itu tidak masuk akal dan lebih cenderung kepada andaian peribadinya sahaja.

"Dia membuat andaian yang bukan-bukan.

"Itu kenyataan tak masuk akal.

Kata Mukhriz, adalah mustahil hanya dua orang, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan bapanya, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  sahaja yang berhak untuk memilih Perdana Menteri.

Menurutnya, terlalu banyak proses untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri seperti perlu menang menjadi Ahli Parlimen dan parti yang disertai juga perlu menguasai kerusi di dalam Parlimen selain menjadi Presiden atau Pengerusi parti tersebut.

Sementara itu, Mukhriz menjawab soalan media turut menyatakan dia tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap Haris ekoran kenyataan media yang dibuat bekas pegawai khasnya semalam.

"Jelas sekali ianya fitnah. Kalau kita baca balik kenyataan tu, ianya tidak berasas.

"Tak payahlah (saman), kawan kan?," katanya di sidang media beliau di sini, hari ini.

Mukhriz hari ini hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri Kedah bagi hari kedua, yang berlangsung di Wisma Darul Aman.

Semalam, Haris dalam kenyataan media mendakwa Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri secara 'fast track' menerusi komplot pakatan beliau bersama bapanya, termasuk bersama Muhyiddin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. -Kedahnews.com


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

BlogList 3

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP